ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lan Pet Pet pukul penghantar makanan?

Tular

Views

Video pelawak popular, Lan Pet Pet memukul seorang lelaki dipercayai penghantar makanan menarik perhatian warganet selepas tular di media sosial sejak malam tadi.

Harian Metro melaporkan, menerusi video yang dirakam pengguna jalan raya ini, pelawak dan pelakon dari kumpulan Senario itu dilihat merangkul leher lelaki terbabit dan memukul kepalanya.

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?

Dalam masa sama, Lan turut ditenangkan oleh tiga lagi lelaki daripada terus memukul lelaki itu dalam kejadian yang berlaku di tepi jalan raya itu. Dalam keadaan marah, Lan turut menengking lelaki itu dengan kata-kata berbaur amaran, “hang duduk Tropicana nak tunjuk samseng kat aku. Hang tau dak aku sapa?”

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila dan di mana lokasi kejadian itu. Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Lan bagi mendapatkan reaksinya mengenai kejadian itu buat masa ini tidak berjaya.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Sebelum ini, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 51, mencetuskan kegemparan ramai apabila memukul seorang pengawal keselamatan, Yahya Manap atau Pak Ya, 71, pada 6 April 2019.

Dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban pada 15 April 2019 selepas mengaku bersalah terhadap perbuatan yang dilakukan di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply