ARKIB

KATEGORI

Buletin

Land Rover Defender generasi baharu bakal dilancar dalam masa terdekat?

Berita Tempatan

Views

Nampaknya, penantian para peminat model legenda pacuan empat roda Land Rover Defender generasi baharu di Malaysia mungkin bakal berakhir tidak lama lagi. Laman sesawang Land Rover Malaysia juga telah mula menyiarkan informasi berkaitan model tersebut dan ia memberi petanda yang pelancarannya bakal dibuat dalam masa terdekat.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Dua versi badan akan ditawarkan, iaitu Defender 90 (tiga pintu) dan Defender 110 (lima pintu). Lima varian akan ditawarkan iaitu versi asas Defender, Defender S, Defender SE, Defender HSE dan Defender X. Dua pilihan enjin ditawarkan, antaranya:

  • Enjin petrol 2-liter P300 yang menjana 300 PS dan daya kilas maksima 400 Nm yang digandingkan dengan transmisi automatik.
  • Enjin petrol 3-liter P400 MHEV (hibrid ringan) yang menjana 400 PS dan daya kilas maksima 550 Nm yang digandingkan dengan transmisi automatik.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Pembeli juga boleh memilih tiga jenis bumbung yang ditawarkan, iaitu bumbung fabrik yang boleh dilipat (untuk versi Defender 90 sahaja), bumbung panoramik gelungsur dan bumbung logam.

Selain itu, empat pilihan kombinasi warna kemasan dalaman ditawarkan, antaranya Ebony/Ebony, Acorn/Lunar, Khaki/Ebony dan Vintage Tan/ Ebony, (untuk versi Defender 90 sahaja).

Tujuh pilihan warna ditawarkan yang terdiri daripada Pangea Green, Gondwana Stone, Indus Silver, Tasman BlueEiger Grey, Santorini Black dan Fuji White (solid). Ia turut ditawarkan dengan empat pilihan pakej aksesori, yang terdiri daripada Explorer Pack, Adventure Pack, Country Pack dan Urban Pack.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply