ARKIB

KATEGORI

Buletin

Land Rover perkenal Defender V8 Bond Edition, terhad 300 unit sahaja

Berita Global

Views

Land Rover meraikan penglibatan mereka dalam filem terbaharu James Bond berjudul “No Time To Die” dengan memperkenalkan sebuah model edisi khas. Terhad kepada 300 unit sahaja, Land Rover Defender V8 Bond Edition ditawarkan dalam dua versi, iaitu Defender 110 atau Defender 90.

Model ini diinspirasikan dari kenderaan yang tampil dalam filem terbaharu itu, dengan warna luaran hitam yang menggabungkan Extended Black Pack bersama rim aloi 22-inci Luna Gloss Black dan angkup brek hadapan dengan kemasan Xenon Blue.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Ia turut ditampal dengan lencana “Defender 007” di bahagian belakang, plat injak bercahaya dan animasi pemula yang dibangunkan khas untuk paparan skrin sesentuhnya. SUV ini dilengkapi dengan lampu lopak (puddle lamp) dengan grafik khas 007 serta ukiran khas tertera perkataan “One of 300” dan logo SV Bespoke.

Menurut pengarah jenama Land Rover, Finbar McFall, Land Rover Defender V8 Bond Edition mewakili pertemuan dua jenama terunggul British dan merupakan sambutan unik hubungan 38 tahun Land Rover dengan James Bond.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Model ini dijana oleh enjin 5.0-liter V8 yang menghasilkan 518 kuasa kuda dan 625 Nm daya kilas yang membolehkan model 90 mencecah kelajuan 60 batu sejam dalam masa 4.9 saat dan mencapai kelajuan maksima 240 km/j.

Selain Land Rover Defender, dua unit Range Rover Sport SVRs, sebuah Range Rover Classic, dan sebuah Land Rover Series III bakal membuat penampilan dalam filem terbaharu James Bond yang bakal membuat tayangan perdana pada 30 September nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply