ARKIB

KATEGORI

Buletin

Langgar lampu isyarat merah dan sebabkan kematian – Pemandu Hilux didakwa atas tuduhan membunuh

Berita Tempatan

Views

Seorang pengusaha pasar mini didakwa di Mahkamah Majistret Muar hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita dalam kejadian di Jalan Temenggong Ahmad, kelmarin. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Gui Chui, 69, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zuraidah Abu Bakar.

Menurut Berita Harian, tertuduh hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Norain Abu Samah, 41.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di persimpangan lampu isyarat Jalan Pintasan Bandar, Jalan Temenggong Ahmad, dekat Muar, jam 7.45 pagi Ahad lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Putera Amirool Faez Suhasi, manakala tertuduh diwakili peguam RK Balakrishnan. Mahkamah kemudian menetapkan 25 Mei depan bagi tarikh sebutan semula kes. Kelmarin, seorang wanita maut manakala anak perempuannya parah selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh sebuah pikap di persimpangan Jalan Temenggong.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip dilaporkan berkata, dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, Norain meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada anggota badan. Katanya, anak mangsa, Nur Nabila Alisha Mohd Zalisham, 19, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan cedera parah.

Siasatan awal mendapati, kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipandu Gui dari arah Parit Jawa menghala ke bandar Muar dipandu dengan kelajuan tinggi dan tidak berhenti ketika lampu isyarat merah. Akibatnya, trak pikap itu merempuh Perodua Myvi dipandu Norain yang baru bergerak selepas lampu isyarat di laluannya bertukar hijau.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply