ARKIB

KATEGORI

Tular

Langgar lampu isyarat merah, pemandu lori dan tiga penunggang motosikal sudah dikenal pasti

Tular

Views

Polis sudah mengenal pasti seorang pemandu lori dan tiga penunggang motosikal yang melanggar lampu isyarat merah yang videonya tular dalam media sosial semalam.

Menurut UTUSAN, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, menjelaskan keempat-empat mereka berusia antara 18 hingga 30 tahun akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk membantu siasatan.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Kira-kira pukul 8.20 malam tadi, pihak IPD Manjung telah terkesan satu video berdurasi 16 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook bernama Chi Chot yang memaparkan kejadian empat kenderaan melanggar lampu isyarat merah.

Satu laporan telah dibuat oleh pihak polis pada pukul 8.44 malam tadi bagi memulakan siasatan. Menurut beliau, siasatan kemudian mendapati kejadian tersebut berlaku di kawasan persimpangan lampu isyarat berhampiran Kilang YTY Kampung Acheh, kira-kira pukul 4.50 petang kelmarin.

Katanya, kes disiasat di bawah Rule 17 LN 167/59 bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu agar membantu siasatan polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Asyraf Henry Philip di talian 016-5572540.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Nor Omar juga menasihati pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya serta sentiasa berhati-hati dan berhemah bagi menjamin keselamatan diri dan orang lain, sekali gus mengelak berlakunya kemalangan.

Terdahulu, tular video menunjukkan tiga penunggang motosikal memecut laju ketika lampu isyarat dalam proses bertukar hijau manakala sebuah lori bergerak laju dari arah kiri ke kanan, dipercayai mahu ‘mengejar’ lampu kuning yang sedang bertukar ke merah.

Perbuatan itu hampir menyebabkan berlaku kemalangan apabila lori tersebut memberhentikan kenderaan secara mengejut bagi mengelak melanggar penunggang motosikal terlibat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply