ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lapangan terbang baharu Mukah mula beroperasi hari ini

Berita Tempatan

Views

Lapangan terbang baharu Mukah yang dibina pada 2017 mula beroperasi secara rasmi, hari ini. Menurut Berita Harian, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata pendaratan pertama akan menyaksikan pesawat MASwings MH3553 DHC6 Vikings dari Miri pada jam 9.10 pagi dan penerbangan pertama MH3412 ke Kuching pada 9.30 pagi.

Katanya, projek pembinaan lapangan terbang itu di lokasi baharu tujuh kilometer dari pusat bandar Mukah, dimulakan sejak 11 Ogos 2017 menggantikan STOLport Mukah dengan kapasiti baharu iaitu 265,000 penumpang setahun.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Tambahnya, lapangan terbang itu antara lain dilengkapi bangunan terminal baharu seluas 3,125 meter persegi, landasan sepanjang 1,500 meter dan lebar 30 meter, sistem pemantauan angin dan jarak penglihatan landasan, sistem navigasi radio dan sistem pencahayaan pendekatan sederhana.

Lapangan terbang ini direka bentuk untuk memberikan keselesaan dan menepati kehendak rakyat Mukah menggunakan perkhidmatan udara luar bandar yang menjadi nadi kepada pergerakan penumpang dan barangan di kawasan terbabit.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Ka Siong berkata, lapangan terbang baharu ini akan menyokong pembangunan di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dengan memudahkan pergerakan sektor perdagangan dan eksport produk tempatan di daerah Mukah.

Pembangunan lapangan terbang baharu in juga akan menyokong pembangunan daerah itu sebagai hab pendidikan, pusat penyelidikan serta aktiviti di Taman Perindustrian Matadeng.

Beliau berkata, pengoperasian lapangan terbang itu diharap dapat memudahkan akses pembekalan vaksin COVID-19 ke kawasan pedalaman seterusnya merealisasikan hasrat kerajaan dalam membina imuniti kelompok menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama dan MOT Malaysia

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply