ARKIB

KATEGORI

Buletin

Larangan menjual minuman keras di kedai serbaneka dan kedai runcit di Kuala Lumpur mulai 1 Oktober 2021

Berita Tempatan

Views

Menurut portal rnggt.com, bermula 1 Oktober 2021, kedai serbaneka dan kedai runcit di Kuala Lumpur tidak lagi dibenarkan menjual produk minuman keras. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengatakan tindakan ini susulan pengenalan garis panduan baharu berhubung pemilikan lesen minuman keras (LMK) yang telah mula dikuat kuasakan.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Selain kedai runcit dan sebaneka, premis jualan ubat tradisional Cina juga turut dilarang menjual barangan sedemikian, namun pengecualian diberikan kepada produk minuman keras bagi tujuan perubatan. Premis lain masih dibenarkan menjual produk tersebut tetapi perlu memastikan pelanggan yang berusia lingkungan 21 tahun ke atas.

Menerusi penetapan garis panduan baharu ini, terdapat had waktu jualan mengikut jenis perniagaan dan pemegang lesen hanya termaktub untuk individu bukan beragama islam sahaja.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Untuk makluman, penguatkuasaan ini telah dilakukan bersama Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kastam Diraja, Polis Diraja Malaysia, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Tindakan ini dilihat sebagai suatu usaha pihak berkuasa bagi mengawal akses jualan dan memastikan jaminan kesihatan serta meningkatkan keselamatan rakyat negara khususnya dari pemandu mabuk.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Wikimedia

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply