ARKIB

KATEGORI

Buletin

Larangan menjual minuman keras di kedai serbaneka dan kedai runcit – Keputusan DBKL muktamad

Berita Tempatan

Views

Portal MalaysiaGazette melaporkan, keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan kedai runcit menjual arak mulai Oktober 2021 adalah muktamad. Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapannya di laman Twitter.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Kelmarin, DBKL mengumumkan semua kedai runcit, kedai serbaneka dan ubat tradisional Cina tidak dibenarkan menjual arak kecuali bagi tujuan ubatan tradisional. Menurut DBKL dalam Garis Panduan Lesen Minuman Keras, berkuat kuasa tarikh sama, tiada lagi lesen baharu minuman beralkohol yang memabukkan (LMK) dibenarkan diperbaharui untuk semua kedai runcit, kedai serbaneka dan ubat Cina.

Katanya, lesen pembaharuan hanya dibenarkan sehingga 30 September 2021 sahaja. Jenis LMK dan premis yang dibenarkan adalah secara borong, gudang, stor, rumah kedai dan kompleks perdagangan. Selain itu, rumah awam kelas 1, rumah kedai, hotel, kompleks perdagangan.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Untuk runcit pula melibatkan pasar raya, hypermarket dan kompleks perdagangan. Keputusan tersebut bagaimanapun dipersoalkan oleh beberapa pihak antaranya Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan yang juga ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.

Menurut Kok Wai, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk memohon agar garis panduan baharu itu ditarik balik. Katanya, peraturan baru itu melanggar hak orang bukan Islam untuk mengamalkan budaya mereka, yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Memetik laporan MalaysiaKini, katanya, peraturan baharu itu “anti-perniagaan” dan yang menjadi korban adalah peniaga yang mematuhi undang-undang dan membayar cukai.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply