ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lastik anjing – Posmen digantung tugas

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) menggantung tugas seorang kakitangannya yang bertugas sebagai posmen kerana melastik mata seekor anjing peliharaan menggunakan getah di hadapan sebuah rumah di Kluang, Johor.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Aksi posmen itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 21 saat hingga tular di laman sosial. Menerusi satu kenyataan, Pos Malaysia kesal dengan perbuatan kakitangannya itu dan telah menggantung tugas sementara siasatan dalaman dilakukan.

Tambah kenyataan tersebut, Pos Malaysia telah mengenal pasti posmen yang berada dalam video itu dan dia telah digantung kerja sementara menunggu hasil siasatan. Pos Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan kesalahan daripada pekerja kami dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas termasuk menamatkan perkhidmatan mereka,

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Semalam, laman Facebook Malaysia Independent Animal Rescue’ (Miar) telah memuat naik video memaparkan tindakan posmen tersebut. Difahamkan, anjing berkenaan mengalami kecederaan pada mata kirinya akibat perbuatan posmen tersebut.

Sebelum ini, warganet turut mengecam tindakan posmen itu yang melakukan perbuatan mencederakan haiwan dengan melastik dari luar ketika menghantar surat di rumah tersebut. Video berkenaan telah ditonton lebih 34,000 kali dan tular sehingga kini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply