ARKIB

KATEGORI

Buletin

Latihan Kompetensi Pemanduan KJB tingkat kemahiran kemahiran warga RSD

Berita Tempatan

Views

Seramai tiga pegawai dan 18 anggota lain-lain pangkat (LLP) dari Rejimen Semboyan Divisyen Ketiga Infantri (3 RSD) terlibat dengan Latihan Kompetensi Pemanduan Kenderaan Jenis Bravo (KJB) di Litar Terendak Off-Road Competency Circuit (TOCC) bermula 26 hingga 27 Mac 2021.

Menurut laman Facebook Berita Tentera Darat Malaysia, latihan dimulakan dengan taklimat, keselamatan, teknikal kenderaan serta penerangan penggunaan Litar TOCC telah disampaikan oleh Ketua Skuadron Bantuan 3 RSD. Latihan kali ini melibatkan empat jenis kenderaan iaitu, trak 3/4 tan L/R FRR (PUMA), Iveco Daily MCRS, trak tiga tan Hicom Handalan dan trak lima tan Prime Mover.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Selain itu, Pegawai Gerakan Peperangan Informasi 3 RSD menyampaikan taklimat awal di mana beliau telah menekankan bahawa latihan sebegini amat diperlukan bagi menguji kemahiran anggota tred pemandu semasa pengendalian Kenderaan Jenis B di dalam situasi off road.

Bagi memastikan kemahiran anggota pemandu diuji, beberapa halangan diwujudkan sepanjang track off road tersebut bagi menguji kecekapan anggota dalam menghadapi situasi dan keadaan jalan yang berbeza semasa pemanduan.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Konsep latihan dilaksanakan secara teori dan praktikal di litar yang mempunyai 11 halangan merangkumi peringkat halangan ringan, sederhana dan mencabar seperti halangan berlumpur (4WD/Tunda), tanah tidak rata dan tidak bergelombang, titi kayu, mendaki bukit (winching) dan lereng bukit untuk melatih anggota bagi memahami sistem, komponen, operasi kenderaan dan teknik mengatasi halangan.

Pelaksanaan latihan ini adalah selaras dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “penekanan terhadap penambahbaikan profesionalisme serta profesiensi taktikal dan teknikal melalui keberkesanan latihan individu, kolektif dan bersama serta latihan berterusan”.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Berita Tentera Darat Malaysia

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply