ARKIB

KATEGORI

Buletin

Law Soon Hee menang Perodua Bezza

Views

Inilah yang dinamakan tuah! Law Soon Hee, 26 tahun yang berasal dari Pulau Pinang telah dipilih sebagai pemenang peraduan sistem pesanan ringkas (SMS) Perodua “Test Drive and Win” yang bermula sejak Oktober sehingga Disember tahun lalu. Beliau menerima sebuah Perodua Bezza 1.3L varian Advance Varian yang lengkap dengan aksesori GearUp di karnival MYPerodua Nation, yang merupakan karnival luar pertama dan terbesar Perodua yang sedang berlangsung mulai hari ini hingga Ahad nanti.

Karnival tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Perodua, YBhg Tan Sri Asmat Kamaludin dan turut dihadiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, YBhg Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh; manakala penaja berlian yang turut menaja acara tersebut adalah AmGeneral Insurance Bhd dan Bank Rakyat.

Pelbagai acara menarik menanti pengunjung karnival sepeti permainan dan peradua serta peluang untuk memenangi sebuah Perodua Axia dalam acara cabutan bertuah. Selain itu konsert secara langsung dan penampilan selebriti terkenal turut diadakan. Pada majlis yang sama juga, Perodua turut melancarkan Axia facelift yang kini sudah mendapat hampir 3,000 tempahan sejak 13 Januari lalu.

Perodua Axia facelift, kini menampilkan penjana kuasa baharu, enjin VVT-I yang boleh mencapai jarak 22.5Km/L dalam mod pemanduan Eco berbanding dengan model sebelumnya hanya 21.6 Km/L (transmisi manual). Selain itu beberapa penambahbaikan dibuat kepada varian Axia standard termasuklah jeriji dan bumpar hadapan gaya baharu, pemegang pintu belakang, corak fabrik tempat duduk baharu dan lampu hadapan projectok. Perodua Axia Standard-G juga kini dilengkapi sistem audio dengan port USP.

Varian Axia SE dan Advance juga kini menampilkan rekabentuk jeriji dan bumpar hadapan yang baharu, butang penghidup enjin, sistem kemasukan pintar dengan kunci pintar, sistem multimedia dengan ‘Smart Link’ (untuk android sahaja), rekabentuk lampu hadapan projetor baharu, pemegang pintu dengan kemasan krom, rim aloi berbentuk lingkaran, pemegang pintu belakang, corak fabrik tempat duduk baharu (untuk SE) dan meter-combi dengan pencahayaan warna putih.

Perodua Axia (Standard) didatangkan dengan pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Ebony Black dan Midnight Blue. Warna Lemongrass Green dan Cherry Blossom yang ada sebelum ini tidak akan dikeluarkan lagi. Untuk varian SE dan Advance pula ditwarkan engan dua warna tambahan Solid Sunflower Yellow dan Metallic Lava Red. Harga untuk model naik taraf ini untuk Semenanjung Malaysia bermula dari RM24,900 untuk varian Standard-E (manual) hingga RM42,900 untuk varian Advance (automatik).

Jom ramai ramai ke karnival MYPerodua Nation!

KLIK UNTUK BESARKAN

EMY_0230 EMY_0283 EMY_0436

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply