ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lebih 120 buah BMW M berhimpun, raikan Hari Malaysia ke-59 dan 50 Jahre M

Berita Tempatan

Views

BMW Group Malaysia dan komuniti pemilik M di Malaysia telah memberi penghormatan kepada Hari Malaysia ke-59 pada tahun ini dengan perhimpunan serba unik melibatkan lebih daripada 120 buah kenderaan BMW M merentasi pelbagai generasi.

Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia Hans de Visser, beliau berasa amat gembira kerana berpeluang menyaksikan semangat yang dikongsi bersama oleh warga Malaysia terhadap jenama ini.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Sempena sambutan , BMW Group Malaysia juga telah menghadiahkan para pemenang bagi pencarian jentera BMW M yang tertua di Malaysia bagi setiap siri model.

Ia merupakan pertandingan di peringkat nasional yang dianjurkan pada bulan Mei lalu bersempena dengan 50 Jahre M. Tiga daripada enam model BMW M pemenang telah dipamerkan semasa perhimpunan Hari Malaysia tersebut untuk tatapan umum.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Berikut merupakan senarai pemenang:

  • Han Kim Leng, 1981 BMW M535i (E12)
  • Harris Mah Kar Keat – 1988 BMW M3 (E30)
  • Lim Shin Tom – 1991 BMW M5
  • Gan Kian Yeh – 2006 BMW M6 (E63)
  • Tan Kai Che – 2015 BMW M4
  • Tee Yee Jiuh – 2017 BMW M2

Tambah Hans lagi, sokongan tidak berbelah bahagi para pemilik dan peminat BMW M telah menjadi tonggak kejayaan mereka di sini, manakala Hari ///Malaysia merupakan lambang perpaduan dan kebanggaan sebenar yang telah dipamerkan oleh komuniti BMW M Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply