ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lebih setengah juta blok Lego digunakan untuk bina Toyota Camry saiz-sebenar

Views

Toyota bakal mempertontonkan sebuah model Camry saiz-sebenar yang dibina dengan menggunakan lebih dari 500,000 blok Lego di Melbourne, Australia. Ia telah direka oleh salah seorang daripada 14 orang pakar Lego dunia yang diiktiraf, dikenali dengan nama Ryan ‘The Brickman’ McNaught.

Camry Lego ini mengambil masa selama 900 jam untuk dipasang selama 8 minggu, lebih 40 kali lebih lama jika dibandingkan dengan pemasangan kereta sebenar di kilang termasuk kimpalan ke mengecat dan pemeriksaan terakhir. Dengan berat hampir dua tan atau lebih 400 kilogram dari kereta sebenar, model ini dilengkapi dengan beberapa ciri menarik seperti lampu hadapan, inidkator dan lampu brek yang boleh menyala, huruf hibrid dan logo Toyota pada rim aloinya.

Model ini bakal dipertontonkan kepada umum di Melbourne Museum Plaza sempena pameran Brickman Awesome yang akan berlangsung pada 21 Mac sehingga 29 April 2018. Camry ini bukanlah satu-satunya replika berskala 1:1 yang dibina dari Lego, pengeluar permainan dari Denmark ini juga pernah berkolaborasi bersama dengan Ford untuk menghasilkan Mustang dan juga McLaren 720S yang dibina dengan menggunakan 280,000 blok kecil.

Peminat Lego juga boleh melihat apa yang ditawarkan oleh Lego Speed Champions dan Technic, yang menampilkan beberapa model seperti Porsche 911 GT3 RS dan Bugatti Chiron yang akan diperkenalkan lewat tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply