ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lebuh raya sesak 8 kilometer akibat kemalangan 7 kenderaan

Berita Tempatan

Views

Satu kemalangan melibatkan tujuh buah kenderaan di Kilometer (KM) 261.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran persimpangan Port Dickson-Seremban di Seremban, petang tadi telah menyebabkan berlaku kesesakan sejauh kira-kira lapan kilometer.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Harian Metro melaporkan, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 Pegawai Bomba Kanan II N Sundarum berkata, kemalangan itu berlaku pada jam 3.09 petang. Menurutnya, maklumat awal dimaklumkan bahawa terdapat kira-kira 20 orang dalam kenderaan yang terbabit kemalangan itu.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Tambah beliau, tiada kecederaan serius atau mangsa yang tersepit dan setakat ini hanya sekitar empat individu termasuk dua wanita mengalami cedera ringan. Mereka telah dibantu oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban untuk menerima rawatan.

Sementara itu, jumlah kenderaan di lebuh raya dilihat meningkat sejak awal petang tadi susulan ramai pengguna kembali ke lokasi masing-masing terutamanya ke ibu negara. Ada kalangan mereka pulang ke kampung atau pelbagai destinasi lain mulai Jumaat lalu selepas kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sesetengah tempat, masih berkuatkuasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply