ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lebuh raya Temiang-Pantai akan dipantau secara berkala – Polis

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini tular foto dan video yang memaparkan sekumpulan individu daripada kelab kereta ‘FCCM-FC Club Malaysia‘ yang berkumpul di lorong kecemasan di Lebuh raya Temiang- Pantai yang mendapat jolokan ‘New Zealand’.

Gara-gara perbuatan itu, polis memanggil ketua kelab berkenaan dan sudah mengenal pasti kira-kira 48 kereta untuk memberi keterangan.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Menurut Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik(JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Shafiei Muhammad berkata, polis akan membuat pemeriksaan berkala di lokasi tersebut bagi memastikan tiada aktiviti bersantai di lorong kecemasan terutama pada hujung minggu.

Katanya, meletakkan kenderaan di lorong kecemasan lebih-lebih lagi dalam jumlah yang banyak tidak dibenarkan dan ia menjadi satu kesalahan.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Beliau turut difahamkan ada juga yang mengambil kesempatan untuk berniaga, ia memang tidak dibenarkan kerana menjadi kesalahan di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT).

Shafiei berkata, pihaknya akan akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai lokasi sesuai yang dibenarkan bergambar.

Ujarnya, orang ramai diminta tidak melakukan sesuatu aktiviti di lokasi terbabit yang boleh membahayakan diri dan pengguna jalan raya lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply