ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus dibuka secara rasmi, pegang rekod lebuh raya tertinggi di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Setelah terpalit dengan pelbagai isu dan kontroversi, akhirnya, Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di Paya Terubong di George Town dibuka secara rasmi kepada orang ramai bermula hari ini.

Menurut Astro AWANI, dengan ketinggian 61.5 meter, ia bakal menjadi ikon baharu negeri Pulau Pinang kerana mencatat rekod sebagai lebuh raya yang paling tinggi di Malaysia.

Pembukaan lebuh raya itu juga dijangka mengurangkan kesesakan jalan raya di negeri Pulau Mutiara itu sehingga 30 peratus.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, selepas enam tahun mengharungi pelbagai cabaran, akhirnya, Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus dibuka.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Katanya, projek berkenaan yang dibiayai Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) itu adalah bagi menampung perkembangan pesat negeri tersebut berikutan pertambahan jumlah trafik di kawasan berkenaan.

Walaupun kos pembinaan dan pengambilan tanah ditanggung oleh MBPP (sebanyak) RM378 juta, ia adalah projek yang dijanjikan oleh kerajaan negeri dengan mengambil kira pembangunan yang pesat di kawasan ini yang memerlukan sistem jalan bagi menampung memenuhi isi padu trafik.

Kon Yeow turut memaklumkan, projek berkenaan terbahagi kepada tiga bahagian dengan dua daripadanya dibiayai oleh pihak pemaju swasta berikutan jajaran jalan berkenaan melalui tanah pembangunan masing-masing dan dijangka siap pada 2025.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai isu keselamatan, Setiausaha Bandaraya MBPP, Ir A. Rajendran berkata, projek berkenaan direka mengikut piawaian Malaysia Standard (MS) dengan mengambil kira kawalan had laju, radius selekoh, central island, laluan pejalan kaki dan saliran perparitan.

Selain itu, katanya, projek itu memperoleh khidmat perundingan daripada syarikat berpengalaman membabitkan aspek reka bentuk di lebih 300 cerun dalam negara termasuk melantik pakar geologi yang mengkaji cerun secara spesifik.

Secara keseluruhannya, projek berkenaan menelan kos RM545.6 juta sepanjang 5.5 km yang menghubungkan tiga laluan utama iaitu Paya Terubong (Jalan Thean Teik)-Bukit Jambul dan Balik Pulau-Jalan Tun Sardon.

Laluan itu merupakan alternatif kepada penduduk di kawasan Paya Terubong dan Air Itam untuk berhubung dengan kawasan Bukit Jambul, Bukit Gambir, Balik Pulau dan kawasan sekitarnya.

Projek itu pernah menimbulkan kontroversi apabila sebahagian struktur dalam pembinaan runtuh dan mengorbankan sembilan mangsa selain tiga orang cedera dalam kejadian pada Oktober 2018.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Majlis Bandaraya Pulau Pinang – MBPP dan Penang Kini

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply