ARKIB

KATEGORI

Buletin

LEGO Harley-Davidson Fat Boy kini di Malaysia – RM459.90 seunit

Berita Tempatan

Views

Berita baik buat peminat LEGO! LEGO Malaysia baharu sahaja melancarkan model LEGO® Creator Expert, edisi Harley-Davidson® Fat Boy®. Ia dibangunkan secara usaha sama dengan jenama motosikal ikonik dari Milwaukee, Harley-Davidson khusus untuk peminat kedua-dua jenama tersebut.

Perincian LEGO ini sangat teliti, dari kita boleh melihat kehalusan kejuteraan menerusi roda cakera Lakester sehingga tangki minyak berbentuk ‘titisan air mata’ yang dicetak dengan logo dan speedometer terbina dalam. Antara ciri lain termasuklah, enjin Milwaukee- Eight® dengan omboh yang boleh bergerak, paip ekzos berkembar, bar pemegang, pedal penukar gear boleh bergerak, tongkat dan tapak yang kukuh untuk mempamerkan motosikal tersebut.

JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro

Menurut Design Master di LEGO Group, Mike Psiaki, model ini memaparkan reka bentuk ikonik, kejuruteraan termaju dan perincian motosikal ikonik itu, yang menawarkan pengalaman pembinaan dan juga sebagai item pengumpul yang unik buat peminat Harley-Davidson dan LEGO, tidak kira peringkat usia.

Naib Presiden Penggayaan & Reka Bentuk, Harley-Davidson, Brad Richards pula berkata, keaslian reka bentuk Harley-Davidson datang dari perincian dari awal hingga akhir. Bekerjasama dengan pasukan LEGO untuk projek ini membolehkan mereka untuk membawakan perincian yang sama kepada produk usaha sama. Ia juga bagi meraikan sebuah jenama yang menginspirasikan imaginasi dan kreativiti kepada kebanyakan mereka di Harley-Davidson, dari usia muda termasuklah dirinya.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan

Berikut adalah antara ciri-ciri menarik LEGO Creator Expert Harley-Davidson Fat Boy:

  • Didatangkan dengan skema warna asli merah gelap dan hitam.
  • Putarkan tayar belakang untuk melihat omboh enjin Milwaukee-Eight® bergerak.
  • Elemen hiasan baharu untuk Julai 2019, termasuklah dua kepingan jubin warna merah gelap saiz 2×4 yang dicetak dengan emblem tangki Harley-Davidson® Fat Boy® .
  • Elemen khas baharu untuk Julai 2019, termasuklah rim belakang dengan tayar super-lebar.
  • Dimensi lebih 7 inci (20 cm) tinggi, 7 inci (28 cm) lebar dan 12 inci (33 cm) panjang.

LEGO Creator Expert Harley-Davidson Fat Boy diperbuat daripada 1,023 unit bongkah LEGO dan dijual pada harga RM459.90. Ia kini boleh didapati di semua LEGO Certified Stores (LCS) dan di Brick Magic Asia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil
JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?
JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply