ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki gersang buat ‘aksi terlampau’ dalam tren LRT

Berita Tempatan

Views

Polis kini sedang menyiasat kejadian lelaki dipercayai warga India menunjukkan kemaluan dan melakukan aksi onani di dalam stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di USJ 21, di Subang Jaya, sehingga tular di media sosial.

Harian Metro melaporkan, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Amihizam Abdul Shukor berkata, video kejadian itu dimuat naik di laman sosial Twitter oleh pemilik akaun bernama Fishy pada 6 April lalu.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Menurutnya, video ini berdurasi selama 10 saat itu menunjukkan seorang lelaki dipercayai warga India menunjukkan kemaluan dan melakukan aksi onani di dalam pengangkutan awam itu. Tambah beliau, susulan kejadian ini, wanita berusia 19 tahun yang juga saksi dan penumpang dalam LRT itu tampil membuat laporan polis.

Katanya, kejadian berlaku pada 8.30 malam, 4 April lalu yang mana wanita terbabit menaiki LRT dari Stesen Alam Megah menuju ke Stesen Taman Melawati. Amihizam berkata, ketika melalui Stesen USJ 21, Subang Jaya, suspek masuk dan duduk di kerusi berhadapan dengan pengadu sebelum melakukan aksi yang tidak senonoh itu.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Wanita terbabit sempat merakam sebahagian perbuatan suspek dan sehingga kini, identiti suspek belum diketahui. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan perkataan atau menunjukkan isyarat yang dimaksud bagi mengaibkan kehormatan seseorang.

Beliau berkata, pihak polis juga amat mengalu-alukan mana-mana masyarakat Subang Jaya dan sekitar yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkan kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-56210343 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) untuk tindakan lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply