ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki ‘gila seks’ berbasikal diburu polis

Tular

Views

Polis mengesan seorang lelaki berbasikal yang dipercayai gila seks kerana melakukan kelucahan terhadap seorang wanita di Taman Limau Manis, di Kota Bharu, Selasa lalu. Sinar Harian melaporkan, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 23 tahun meletakkan kereta di tepi jalan pada jam 9.25 pagi untuk ke tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa yang berada di dalam kereta dihampiri suspek yang menunggang basikal. Katanya, mangsa yang menyangkakan suspek orang kurang upaya (OKU) pengemis kemudian memberikan wang RM1 kepada suspek.

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?

Menurut mangsa, suspek bagaimanapun bertindak membuka zip seluarnya dan menunjukkan aksi menggosok kemaluannya di hadapan mangsa yang berada di dalam kereta. Beliau berkata, terdapat kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian yang merakam perbuatan suspek.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Usaha mengesan suspek dijalankan polis bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kelucahan dan mengaibkan. Sementara itu, rakaman perbuatan suspek turut tular di media sosial memaparkan lelaki berbaju T berwarna hijau berlegar-legar di lokasi mencari peluang mendekati kereta mangsa.

Mangsa yang turun dari kereta tiba-tiba dikejar oleh suspek sehingga ke simpang tiga namun kehadiran sebuah kereta Perodua Myvi yang membuka tingkap bahagian pemandu menyelamatkan mangsa daripada kejadian lebih teruk. Lokasi kejadian sama dengan kes kejadian lelaki bermotosikal berbaju coklat yang mencabul wanita dengan memegang punggung mangsa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply