ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki hanyut dengan kereta ketika cuba redah banjir

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, seorang lelaki yang sedang meredah banjir dipercayai hanyut bersama kereta dipandunya ketika melalui Jalan Kluang-Kahang berhampiran Batu 18 di Kluang, semalam. Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa bersama isterinya dikatakan cuba melalui jalan tersebut yang dinaiki air banjir.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Bagaimanapun isterinya sempat turun dari kenderaan untuk menyelamatkan diri. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Penolong Penguasa Bomba Akob Sedek berkata, sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan, sembilan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Katanya, sejurus tiba di lokasi Pasukan Keluar Operasi (PKO) melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan tersebut namun tidak berhasil atas faktor keselamatan dan keadaan air terlalu dalam serta cuaca gelap.

Tambahnya, pagi ini operasi SAR diteruskan dengan menggunakan sebuah bot untuk menyusuri tali air yang dilaporkan lokasi lelaki berkenaan dihanyutkan. Menurutnya, operasi masih diteruskan dengan kekuatan 15 anggota BBP Kluang bersama sebuah jentera dan bot. Setakat ini katanya, lelaki berkenaan masih belum ditemui.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply