ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki ini ditahan kerana menunggang secara berbahaya dan melulu di Jambatan Pulau Pinang

Tular

Views

Baru-baru ini tular satu klip video berdurasi 2 minit 20 saat yang tular di laman Facebook yang memaparkan aksi ‘kamikaze‘ seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Ninja ZX6R di Jambatan Pulau Pinang. Penunggang motosikal tersebut dikatakan ingin menguji keupayaan jentera dua rodanya dengan memecut hingga mencecah kelajuan 250 km/j.

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Menerusi satu hantaran di laman Facebook IPD Timur Laut Pulau Pinang, telah memaklumkan penunggang tersebut telah ditahan atas maklumat daripada orang awam. Lelaki berbangsa Cina itu ditahan dalam satu operasi yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Timur Laut DSP Ridzuan bin Ishak bersama Insp Abdul Sah bin Ibbah dan Team PG85 di bawah Seksyen 42 APJ 1987.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Tindakan lelaki tersebut yang menunggang secara berbahaya dan melulu dengan aksi ‘cilok-mencilok’ kenderaan lain pada kelajuan tinggi itu bakal menyebabkannya dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000 kerana memandu secara melulu dan merbahaya jika sabit kesalahan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit IPD Timur Laut

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply