ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki ini terkunci dalam kereta sendiri gara-gara mabuk

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki dipercayai tidak sedarkan diri akibat mabuk diselamatkan selepas terkunci di dalam keretanya di hadapan sebuah restoran di Bandar Baru di Kuala Selangor malam tadi.

Menurut K! ONLINE, kejadian itu disedari orang awam kira-kira pukul 8.10 malam apabila mendapati lelaki berusia 32 tahun itu berada dalam kenderaan dengan enjin tidak dihidupkan dan tingkap cermin tertutup.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, seramai 10 anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 8.11 malam.

Katanya, anggota yang tiba dua minit kemudian segera membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas sebelum berjaya menyelamatkan lelaki itu. Jelasnya, berdasarkan siasatan awal lelaki itu dipercayai tertidur di dalam keretanya akibat mabuk.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Hasil siasatan mendapati lelaki itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selama sejam. Kata beliau, lelaki tersebut dikatakan telah datang ke daerah ini dari Rawang bagi menemui rakannya.

Ujar Hafisham, rawatan segera telah diberikan kepada lelaki tersebut oleh pasukan perubatan dan dilaporkan stabil. Tambah beliau lagi, operasi kemudiannya telah ditamatkan pada jam 8.30 malam.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Selangor

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply