ARKIB

KATEGORI

Tular

Lelaki ‘kaki gam’ campak besi papan tanda tengah jalan diburu polis

Tular

Views

Polis sedang mengesan seorang lelaki selepas satu video tular semalam yang memaparkan individu itu mencampakkan batang besi papan tanda jalan raya ke arah penunggang motosikal.

Menurut K! ONLINE, rakaman video berdurasi 13 saat tersebut memaparkan seorang lelaki memakai baju T berwarna jingga dan berkain pelikat berlegar-legar di tengah jalan raya.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Dia dilihat membawa batang besi papan isyarat sehingga membahayakan pengguna jalan raya. Lelaki itu kemudiannya bertindak mencampakkan besi berkenaan ke arah seorang penunggang motosikal namun dia sempat mengelak sebelum rakaman video berakhir.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memberitahu, kes tersebut berlaku semalam di persimpangan lampu isyarat Bakar Arang, berdekatan dengan pasar raya Tesco Selatan, Sungai Petani.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Menurutnya, pihak polis telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan telah pergi ke tempat kejadian untuk tindakan. Bagaimanapun lelaki terbabit telah menghilangkan diri dari kawasan itu.

Tambah beliau, hasil siasatan lelaki terbabit dipercayai penghidu gam tegar dan pihaknya sedang mengesan individu itu untuk tindakan lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply