ARKIB

KATEGORI

Tular

Lelaki larikan diri dihambat MPV polis dah kena cekup, rupanya positif morfin

Tular

Views

Tindakan seorang penunggang motosikal yang tular melarikan diri ketika dikejar polis di persimpangan Jalan Air Manis-Sungai Besar di Sabak Bernam, kelmarin mengundang padah apabila dicekup polis.

KOSMO!ONLINE melaporkan, kejadian antara pukul 11.30 pagi hingga 12 tengah hari itu melibatkan lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, siasatan dijalankan selepas tular video memaparkan suspek menunggang secara berbahaya dan dikejar kereta peronda polis.

Justeru, pihaknya kemudian bertindak menahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan dengan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin.

Semakan mendapati suspek memiliki lima rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah serta masih dikehendaki polis melibatkan kesalahan jenayah komersial.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Beliau menambah, polis turut merampas motosikal yang ditunggangnya itu dan didapati tiada sebarang rekod senarai hitam.

Agus Salim menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 42 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu serta Seksyen 15 ( 1 )( a ) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, tular video berdurasi 17 saat memaparkan penunggang motosikal itu membuat pusingan U secara berbahaya dan memecut di persimpangan berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply