ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki maut Toyota Avanza rempuh pondok tol

Berita Tempatan

Views

Lelaki maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya merempuh pondok tol di Plaza Tol Kubang Semang, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) arah Butterworth, di Bukit Mertajam, siang tadi.

Harian Metro melaporkan, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.02 tengah hari berhubung kemalangan itu.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penanti dengan bantuan BBP Perai dihantar ke lokasi bagi operasi menyelamat.

Sebaik tiba di lokasi kejadian didapati kemalangan itu membabitkan sebuah Toyota Avanza yang melanggar pondok tol. Terdapat seorang lelaki tersepit dalam kenderaan itu.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Anggota bomba kemudian mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas. Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan ke atas mangsa oleh pasukan perubatan mengesahkan lelaki itu meninggal dunia akibat kecederaan parah dialaminya.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi proses bedah siasat.

Terdahulu, tular beberapa gambar kenderaan mangsa dalam keadaan remuk teruk akibat terbabit dalam kemalangan di laman sosial.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Penang press

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply