ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki mengamuk rempuh Myvi bekas tunang ditahan

Tular

Views

Kerana tidak puas hati diputuskan hubungan pertunangan, seorang lelaki merempuh kenderaan bekas tunangnya dalam satu kejadian di Bandar Indah, Batu Empat, Sandakan semalam.

Astro AWANI melaporkan, Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, tular di media sosial semalam rakaman berdurasi 30 saat sebuah kenderaan dengan sengaja dipandu melanggar sebuah kenderaan lain yang diparkir.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Menurutnya, susulan itu, mangsa wanita, 20-an yang juga pemilik kenderaan jenis Perodua Myvi tampil membuat laporan polis pada hari yang sama di Balai Polis Bandar Sandakan.

Hasil siasatan, kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang di Bandar Indah. Suspek lelaki, 20-an, pada masa kejadian memandu kenderaan jenis Perodua Viva, yang juga merupakan bekas tunang kepada mangsa didapati dengan sengaja melanggar kenderaan mangsa yang parkir di tempat letak kenderaan.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Pada masa kejadian, mangsa tidak berada dalam kenderaannya. Menurutnya, bertindak atas laporan, polis berjaya menahan suspek pada jam 11.15 malam, hari yang sama.

Siasatan lanjut mendapati, motif sebenar kejadian dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati dengan mangsa, berikutan perhubungan pertunangan mereka yang putus. Suspek kini ditahan reman untuk siasatan. Kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply