ARKIB

KATEGORI

Tular

Lelaki menyamar jadi ‘rider’ GrabFood curi makanan

Tular

Views

Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa apabila makanan yang ditempah menerusi satu aplikasi pesanan makanan dicuri ‘rider’ penghantar makanan misteri.

K! ONLINE melaporkan, pemilik akaun Facebook bernama Pos Cod telah memuat naik video serta tangkap layar seorang lelaki menunggang motosikal berserta bag makanan menyamar sebagai ‘rider’, sebelum mengambil makanan yang diletakkan di atas meja dekat lobi.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Kejadian itu dipercayai berlaku di Bukit Jalil dimana pencuri makanan itu menggunakan taktik yang sama berulang kali.

Katanya, dia kecewa bila makanan dicuri, setelah ‘rider’ sebenar menghantar makanan yang diletakkan di atas meja. Apabila dia turun untuk mengambilnya, datang ‘rider’ kedua (pencuri) dan mengambil makanan tersebut dan terus melarikan diri.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Semasa di lobi, makanan sudah tiada dan kejadian tersebut telah berlaku beberapa kali. Dia berkata, pihaknya dapat mengesan nombor pendaftaran motosikal pencuri terbabit dan telah membuat aduan kepada syarikat aplikasi terbabit.

Namun, masih buntu kerana nombor tersebut tidak berdaftar dengan syarikat itu. Tambahnya lagi, ada kemungkinan si pencuri menggunakan beg milik orang lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Pos Cod

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply