ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki patahkan pengelap cermin Perodua Alza ditahan

Berita Tempatan

Views

Suspek yang disyaki melakukan perbuatan khianat dengan mematahkan pengelap cermin kereta dekat Jalan Dataran Sentral 2, di Seremban, 10 Julai lalu, ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, suspek yang berusia 32 tahun itu ditahan kira-kira 2.30 petang di sekitar Port Dickson.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

“Pada 10 Julai lalu, pihaknya menerima satu laporan daripada seorang wanita Melayu mengatakan kereta jenis Perodua Alza miliknya yang diparkir dan ditinggalkan di lokasi mengalami kerosakan.

“Wanita itu mendakwa cermin hadapan dan kedua-dua belah cermin sisi pecah, manakala pengelap cermin hadapan serta belakang patah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Katanya, kejadian itu dirakam kamera pemuka kereta mangsa yang menunjukkan seorang lelaki dipercayai warga tempatan melakukan perbuatan itu.

“Susulan video, pihak kami mengenalpasti suspek dan berjaya menahannya. Turut dirampas adalah sehelai baju berwarna biru yang dipercayai dipakai ketika kejadian,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerama melakukan khianat ke atas harta orang lain dan permohonan reman terhadap suspek dibuat pagi ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply