ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki sanggup ‘wakafkan’ Ford Ranger kesayangan bagi tujuan amal

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki sanggup menyerahkan kereta kesayangannya, yang telah diubah suai untuk ‘offroad’ demi kerja-kerja dakwah. Itu yang dikongsi oleh Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) Firdaus Wong dalam laman Facebooknya semalam, mengenai kisah seorang lelaki yang sanggup menyerahkan keretanya kepada MRM bagi tujuan amal.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Astro AWANI melaporkan, menerusi tangkap layar WhatsApp yang dikongsi, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Zam menyerahkan kereta itu yang baharu sahaja dibaiki, melibatkan kos sehingga RM15,000. Kata Firdaus, dia sebak apabila menerima mesej sahabat ini di Instagram.

Firdaus juga tidak dapat membayangkan bagaimana lelaki itu sanggup berpisah dengan kenderaan yang beliau sangat sayangi iaitu Ford Ranger yang telah diubahsuai untuk ‘offroad’, demi ‘pelaburannya di akhirat’, Allahuakbar.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Tambahnya, lelaki tersebut telah beliau telah menyerahkan kenderaan kesayangannya itu kepada pihaknya semalam dan mereka perlu memastikan kenderaan itu terus berbakti kepada masyarakat dan menunaikan amanah itu sebaik mungkin.

Menerusi tangkap layar berkenaan, Zam berkata kereta tersebut sesuai untuk kerja-kerja berat termasuk meredah kawasan banjir. Ketika ditanya kereta apakah yang akan dipakai pada hari-hari mendatang, Zam menjawab dia masih belum memikirkannya dan berharap ia menjadi ‘kerja dakwah’nya  setelah dirinya banyak diberi kesenangan yang Allah selama ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Firdaus Wong Wai Hung

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply