ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki ‘stim gam’ sambil menunggang motosikal ditahan polis

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan khayal dipercayai menghidu gam seperti yang tular dalam sebuah video di media sosial Facebook bulan lalu berjaya ditahan polis di Port Dickson semalam.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, suspek berusia 28 tahun itu berjaya dikesan pada pukul 11 pagi semalam hasil daripada risikan berterusan yang dilakukan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Suspek ditahan di premis pusat cuci kereta Stesen Minyak Caltex di Jalan Dato’ Haji Abdul Samad, Port Dickson dan dia telah dibawa ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk siasatan lanjut.

Hasil soal siasat suspek mengaku menunggang motosikal dalam keadaan khayal dan sedang menghidu gam. Ujian saringan awal air kencing telah dijalankan ke atas suspek dan mendapati keputusan saringan adalah negatif daripada sebarang penyalahgunan dadah.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Nanda berkata, suspek telah dikenakan tindakan di bawah Kaedah 4 PU(A) 043/73 Kaedah Lalulintas iaitu kesalahan tidak memakai topi keledar dan Seksyen 14(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana tidak memperagakan nombor pendaftaran.

Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 26(1) APJ 1987 kerana tiada lesen memandu dan disiasat bagi lain-lain kesalahan.

Sebelum ini, Kosmo! Malaysia melaporkan rakaman video berdurasi 40 saat itu telah tular di Facebook dan dikongsikan halaman “Mynewshub” lebih kurang pukul 6.30 petang, 2 Julai lalu memaparkan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki yang disyaki berada dalam keadaan khayal.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply