ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki ‘tunjuk punai’ sambil tunggang Y Suku direman 4 hari

Berita Tempatan

Views

Lelaki yang ditahan polis kerana menunjukkan kemaluan terhadap dua wanita bersaudara ketika menunggang motosikal semalam direman empat hari untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Yan untuk mendapat perintah reman hari ini yang bermula hari ini sehingga 9 Februari ini.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Beliau berkata, berdasarkan siasatan, suspek berusia 26 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

Namun, siasatan masih dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan/ Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Dalam kejadian semalam, dua wanita bersaudara berdepan detik cemas apabila terserempak dengan seorang lelaki yang menunjukkan kemaluannya ketika menunggang motosikal.

Kejadian berlaku 11.30 pagi ketika Nur Wahida Ahmad, 27, dan anak saudaranya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Keda, Sungai Udang, di sini, selepas pulang dari kursus kulinari di Guar Chempedak.

Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan pada 5.45 petang semalam selepas mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan sejurus selepas itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply