ARKIB

KATEGORI

Buletin

Leonardo AW 149 penuhi spesifikasi TUDM – Panglima Tentera Udara

Berita Tempatan

Views

Helikopter Leonardo AW149 yang bakal menggantikan Nuri atau Sikorsky S-61 bagi kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), telah dipastikan untuk dilengkapi spesifikasi ketenteraan Angkatan Tentera (ATM).

Panglima Tentera Udara, Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan berkata, spesifikasi helikopter yang bakal diterima pihaknya sama sekali berbeza dengan helikopter jenis sama untuk kegunaan awam.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

Menurutnya, helikopter tersebut cukup sesuai untuk melaksanakan tiga penugasan utama iaitu mencari dan menyelamat (SAR), pencarian dan penyelamatan tempur (CSAR) serta utiliti.

“Jika kita memilih untuk mendapatkan helikopter jenis lain, kita mungkin perlu berbelanja lebih. Lagi pun kos operasi Leonardo AW149 ini juga mungkin lebih rendah daripada helikopter jenis lain.

“Jadi pertimbangan sewajarnya telah dibuat dalam hal ini dan di pihak TUDM, kami tiada isu dengannnya,” katanya ketika menghadiri Majlis Perbarisan Pemakaian Sayap Penerbangan Kursus Asas Penerbangan 85/23 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter 65/23 di Kolej Tentera Udara (KTU) dekat Kepala Batas di Alor Setar, hari ini.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami

Baru-baru ini bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz mempersoalkan pemilihan Leonardo AW149 bagi menggantikan Nuri kerana mendakwa helikopter itu lebih bersifat untuk kegunaan awam di pelantar minyak, berbanding kegunaan tempur.

Ahli Parlimen Tanah Merah itu mendakwa, berbanding Leonardo AW149, helikopter H225M (EC725 Caracal) mempunyai keupayaan lebih baik dan perlu dijadikan sebagai pilihan jika usaha untuk mendapatkan Black Hawk sukar.

Mengulas lanjut Mohd. Asghar berkata, helikopter berkenaan bakal diperolehi secara sewa beli dengan pihaknya tidak perlu membuat sebarang penyelenggaraan terhadapnya. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Dagang News

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply