ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Lesen gerenti lulus’: Menantu pemilik sekolah memandu ditahan SPRM

Berita Tempatan

Views

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pekerja sambilan di sebuah sekolah memandu kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM650 daripada seorang calon ujian memandu, semalam.

Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang ini di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Katanya, suspek yang juga merupakan pembantu tadbir kanan di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) dikatakan telah meminta wang tersebut sebagai dorongan mendapatkan lesen ‘gerenti lulus’.

Tambah sumber tersebut, suspek bekerja di sekolah memandu di Petaling Jaya yang dimiliki oleh bapa mentuanya secara sambilan.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Ujar beliau, pihaknya akan membawa suspek ke Mahkamah Sesyen Shah Alam esok (hari ini) bagi mendapatkan perintah permohonan reman. – Astro AWANI

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply