ARKIB

KATEGORI

Tular

Letak minyak brek motosikal untuk hilangkan sakit gigi sampai masuk ICU, biar betul?

Tular

Views

Hari ini tular satu hantaran di beberapa laman group Facebook, kisah seorang lelaki yang terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital, gara-gara meletak minyak brek motosikal untuk menghilangkan sakit gigi.

Sejauh mana kesahihan kisah ini belum dapat kami pastikan, namun hantaran tersebut lebih bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua rakyat Malaysia begitu bahayanya penyakit pergigian yang tidak di rawat dengan betul.

Menurut kisah yang dikongsikan oleh warganet bernama Happy wee itu, seorang lelaki telah mengalami sakit gigi selama bertahun-tahun dan ia menjadi bertambah teruk pada awal tahun ini.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Dek kerana tidak dapat menahan kesakitan yang dialaminya, lelaki tersebut nekad untuk meletakkan minyak brek motosikal pada gigi tersebut. Pada mulanya, kesakitan itu hilang, namun selepas beberapa minggu, dia merasa sakit semula pada gigi geraham tersebut, lalu sekali lagi meletak minyak brek untuk meredakan kesakitan.

Walaubagaimanapun, ia langsung tidak berkesan dan gusinya pula membengkak. Mungkin disebabkan ‘fobia’ untuk berjumpa dengan doktor gigi, lelaki tersebut lebih rela berjumpa dengan doktor perubatan am dan telah diberikan ubat tahan sakit bersama antibiotik.

Selepas seminggu memakan ubat, ia turut menemui jalan buntu dan bengkaknya pula semakin membesar. Kerana tidak mampu menahan sakit lagi, empat hari kemudian barulah dia ‘menyerah diri’ kepada doktor gigi. Pada masa itu, mukanya membengkak dan saiznya seolah-olah bertambah menjadi sekali ganda.

Doktor gigi mengesahkannya mengalami ‘facial cellulitis‘ dan dia terus dirujuk kepada Hospital Raja Perempuan Zainab II, di Kelantan sebagai kes kecemasan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Dia terus dimasukkan ke wad dan pada hari kedua, bengkak itu semakin membesar dan nanah penuh dalam mukanya. Jadi pihak hospital membuat keputusan untuk mencabut giginya dan melakukan prosedur ‘incision and drainage‘ bagi mengeluarkan nanah.

Malangnya pada hari ketiga di wad, nanah yang berlebihan itu sudah sampai ke sistem saraf dan otak. Keadaan lelaki itu juga semakin membimbangkan dan dia terus dirujuk kepada beberapa doktor pakar di jabatan lain.

Akhirnya, dia terpaksa dimasukkan ke ICU dengan diagnosa ‘septic encephalopathy‘. Menurut info tersebut, jangkitan ini boleh membawa maut dan pada hari yang sama pesakit terus ditolak ke dewan bedah bagi mengeluarkan nanah yang berlebihan.

Setelah seminggu berada di ICU, keadaannya bertambah pulih dan telah ditukarkan ke wad biasa. Kesimpulan daripada  kisah ini, sekiranya anda mengalami sakit gigi, segeralah berjumpa dengan doktor gigi yang bertauliah.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Happy wee

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply