ARKIB

KATEGORI

Buletin

LEVC tayang model e-Camper berwajah Teksi London

Berita Tempatan

Views

Syarikat pengeluar teksi terkemuka dan juga anak syarikat Geely, London Electric Vehicle Company (LEVC) kini cuba merintis cabang baharu dengan menghasilkan van komersial. LEVC telah mengeluarkan maklumat awal mengenai model terbaharunya, e-Camper.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

e-Camper adalah sebuah camper yang berasaskan model VN5 dengan rekaan yang hampir sama. Namun ia mempunyai tingkap sisi dan bumbung pop-naik yang boleh dijadikan tempat tidur untuk dua orang dan membolehkan penumpangnya berdiri dari dalam.

Ruang kabinnya menampilkan dapur elektrik dan tempat duduk baris kedua yang boleh bertukar menjadi katil kembar. Tempat duduk belakang itu juga boleh digelongsorkan ke belakang bagi memaksimumkan ruang dalaman, manakala tempat duduk depan boleh berpusing 180 darjah untuk bersemuka dengan penumpang belakang.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Antara ciri lain termasuklah meja tengah yang boleh dilipat dan kabinet dengan rekaan yang bergaya. LEVC setakat ini tidak mendedahkan butiran terperinci, namun mengesahkan van ini akan dilengkapi penjana range-extended yang membolehkannya bergerak lebih jauh, di kawasan yang tiada atau terhad infrastruktur pengecasan.

Ia mampu bergerak melebihi 98 km dengan menggunakan mod EV sahaja dan jarak perjalanan keseluruhannya pula sejauh 489 km. e-Camper ini besar kemungkinan akan berkongsi penjana yang sama dengan VN5, iaitu enjin 1.5-liter petrol dan motor elektrik di bahagian belakang yang dijana oleh pek bateri 31 kWh. e-Camper ini bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini dan harganya dianggarkan sekitar £62,250 (RM358,150).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply