ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lexus ES – Kereta rasmi baharu MB Perak

Berita Tempatan

Views

Portal TheStar melaporkan, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah memilih Lexus ES sedan sebagai kenderaan rasmi baharunya bagi menggantikan Toyota Camry. Kelibat Lexus berwarna putih itu dilihat semasa lawatan beliau ke SMK Methodist (P) dan SMJK Sam Tet, sempena pembukaan semula sesi persekolahan hari ini (24 Jun 2020).

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!

Bercakap kepada pemberita di SMJK Sam Tet, Faizal berkata beliau telah menyerahkan Camry lamanya kepada ahli majlis eksekutif negeri. Katanya, kerajaan nageri mendapat diskaun antara 40 peratus dan 50 peratus bagi pembelian kereta tahun 2019 itu. Tambah beliau lagi, harga asal kereta tersebut adalah sekitar RM300,000, namun pihaknya ditawarkan dengan harga RM200,000.

Kereta tersebut katanya adalah milik kerajaan negeri dan mereka masih mampu untuk membelinya. Pada Mac tahun lalu, semasa Perak di bawah Pakatan Harapan, kerajaan negeri telah membeli sebanyak 16 buah Camry untuk kegunaan ahli majlis eksekutif dan pegawai negeri.

JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!

Faizal berkata, sebuah dari Camry tersbeut telah dijual kepada mantan penasihat undang-undang negeri, Datuk Rohana Abd Malek, yang bersara pada Disember lalu. Kata Faizal, Rohana berminat untuk membelinya dan kerajaan negeri telah meluluskan kerana beliau merupakan penasihat undang-undang yang paling lama berkhidmat.

Harga yang ditawarkan melebihi RM100,000, namun ia lebih murah berbanding membelinya di luar. Faizal juga berkata, kerajaan negeri merancang untuk menjual sebahagian daripada kenderaan yang tidak lagi digunakan. Katanya, kereta-kereta ini akan dijual secara tender terbuka, termasuklah beberapa buah Mercedes Benz S Class.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit TheStar

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply