ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lexus Malaysia lancar LM 350 pada 15 April 2021

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya pada 2 April lalu, Lexus Malaysia mengumumkan bakal melancarkan model MPV mewah, LM 350 secara langsung secara dalam talian pada 15 April 2021 menerusi saluran media sosial tersebut jam 1 tengah hari.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Serentak dengan itu juga, Lexus Malaysia menjemput mereka yang berminat untuk menyertai acara tersebut untuk mendaftar menerusi pautan ini. MPV mewah empat-tempat duduk yang berharga RM1,148,000 (atas jalan tanpa insurans) ini dijana oleh enjin petrol 2GR-FKS 3.5 liter V6 yang menghasilkan 296 kuasa kuda dan 360 Nm daya kilas, dipadankan pula dengan transmisi automatik direct-shift lapan-kelajuan.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan tujuh beg udara dan Lexus Safety System+ (LSS+) yang terdiri daripada beberapa ciri, antaranya sistem pra-perlanggaran, kawalan jelajah radar dinamik, bantuan berlepas laluan dengan pemantau titik buta, sistem lampu tinggi adaptif, amaran lintasan trafik belakang dan lain-lain lagi.

Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Hitam dan Putih Mutiara Kristal berkilat. Berpadanan dengan harganya yang mencecah jutaan ringgit, LM 350 dilengkapi dengan beberapa ciri mewah, antaranya sepasang tempat duduk lounge VIP balutan kulit separa Aniline siap dengan fungsi urutan Ottoman, paparan skrin berdefinisi tinggi penuh (Full HD) bersaiz 26-inci serta sistem ‘halwa telinga’ dari jenama Mark Levinson dengan 19 unit pembesar suara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply