ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lightyear 0 diperkenalkan – Kereta solar versi pengeluaran pertama di dunia, harga dari RM1.157 juta

Berita Global

Views

Syarikat pemula niaga dan juga pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari Belanda, Lightyear baru-baru ini memperkenalkan versi pengeluaran kereta solar mereka yang kini dinamakan Lightyear 0. Sebelum ini ia menggunakan nama Lightyear One.

Lightyear 0 merupakan evolusi daripada Lightyear One dari segi reka bentuk serta presta prestasi dan digembar-gemburkan sebagai kereta solar versi pengeluaran pertama di dunia

Model ini tampil dengan beberapa perubahan, antaranya di bahagian bampar, lampu hadapan dan belakang baharu, lencana yang bercahaya pada palang yang menyambungkan antara lampu hadapan, pemegang pintu baharu, kamera sisi pada fender hadapan dan rim aero baharu.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Panel luaran kereta ini diperbuat daripada karbon tebus guna, iaitu bahan gentian sisa karbon. Di bahagian dalam, antara perubahan ketara adalah tambahan dia corong udara pada kedua-dua belah sisi papan pemuka, skrin baharu dan butang pilihan pemanduan di konsol tengah.

Kemasan kabin model ini diperbuat dari kulit berasaskan tumbuh-tumbuhan, fabrik dari botol PET kitar semula dan elemen kayu dari pokok rotan yang distruktur semula secara mampan.

Lightyear 0 mampu bergerak sejauh 625 kilometer, manakala panel solar melengkungnya pula mampu membekalkan tambahan jarak sejauh 70 kilometer sehari, atau sehingga 11,000 kilometer setahun (sekiranya cuaca cerah sepanjang 365 hari).

Ketika cuaca mendung, panel solar kereta ini akan menghasilkan tenaga elektrik yang mencukupi untuk meliputi jarak 35 kilometer sehari. Ia adalah hasil daripada pekali seretan (coefficient drag) yang rendah 0.19, menyaksikan jumlah tenaga yang digunakan hanyalah 10.5 kWh bagi setiap 100 kilometer.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Lightyear 0 tidak perlu dicas sehingga dua bulan jika berdasarkan kepada purata perjalanan sekitar 35 kilometer sehari atau sehingga tujuh bulan di negara yang beriklim panas.

Sekiranya perlu dicas, pek bateri 60 kWh mampu mencapai jarak tempuh 520 kilometer jika dicas dalam tempoh sejam (menggunakan pengecasan pantas), 200 kilometer menggunakan pengecas awam atau 32 kilometer dengan menggunakan pengecas di rumah dalam yang tempoh yang sama.

Panel solarnya juga boleh mengecas bateri pada kadar jarak tempuh maksimum 10 kilometer dalam masa satu jam. Tempahan model ini telah pun dibuka dan akan mula memasuki fasa pengeluaran di Finland pada musim luruh nanti.

Harga Lightyear 0 bermula dari €250,000 (RM1.157 juta) tidak termasuk VAT, tetapi pengeluar kereta ini berjanji akan melancarkan model yang lebih kecil, iaitu Lightyear Two pada harga €30,000 (RM138,994) sekitar tahun 2025.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply