ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lima lagi lebuh raya bakal laksana sistem pembayaran terbuka pada September

Berita Tempatan

Views

Lima lagi lebuh raya bakal laksana sistem pembayaran terbuka tol, bagi memberikan pilihan cara pembayaran tol kepada pengguna kenderaan.

Menurut Berita Harian, lebuh raya terbabit adalah Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP), Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Terowong SMART serta Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX).

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, syarikat konsesi lima lebuh raya itu bersetuju untuk mengambil bahagian dalam pelaksanaan sistem berkenaan, yang akan bermula pada pertengahan September ini.

Beliau berkata, sistem pembayaran terbuka itu akan dilaksanakan secara berfasa dan menjadikan sejumlah 11 lebuh raya terbabit dalam pelaksanaan sistem pembayaran terbuka, setakat ini.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Keputusan untuk melaksanakan sistem pembayaran terbuka itu dicapai melalui pelbagai proses rundingan antara Bahagian Pembangunan dan Penswastaan Kementerian Kerja Raya (KKR) dengan semua pihak berkepentingan, termasuk syarikat konsesi sejak 2022 lagi.

Ujar beliau, rundingan seumpama ini adalah usaha berterusan KKKR dan perlu diadakan bagi memastikan pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) dapat dijayakan.

Nanta berkata, usaha itu juga adalah langkah awal yang diambil oleh KKR dan pihak terbabit bagi memastikan keberkesanan sistem yang efisien selain menyelesaikan isu yang mungkin timbul sebelum pelaksanaan sepenuhnya MLFF.

Perkara ini amat beliau tekankan bagi memastikan pengguna tidak mengalami sebarang kesukaran ketika pelaksanaan sepenuhnya MLFF tidak lama lagi.

Tambahnya, lokasi pelaksanaan Proof of Concept (POC) MLFF sudah diputuskan dengan Lebuhraya Sungai Besi dipilih sebagai lokasi POC yang pertama.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Beliau berkata, pelaksanaan POC akan dibuat pada penghujung Oktober 2023 bagi menilai sistem MLFF sebelum ia dilaksanakan bagi semua lebuh raya di negara ini.

Nanta berkata, KKR juga sedang mengadakan rundingan bersama syarikat konsesi yang lain bagi mendapatkan satu lagi lebuh raya bagi pelaksanaan POC MLFF dan keputusan lokasi POC kedua akan diumumkan dalam masa terdekat.

Jelas beliau, sistem pembayaran terbuka dan MLFF tidak boleh dilaksanakan semalaman. Ia perlu melalui pelbagai peringkat.

Perkara itu tentunya bukan mudah dan memerlukan perancangan teliti dan penggunaan teknologi yang berpatutan serta rundingan bersama pelbagai pihak sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Justeru, beliau memohon kerjasama semua pihak supaya bersabar dan memberi sedikit masa kepada pasukan di KKR, yang komited dalam melaksanakan sistem pembayaran terbuka itu, sekali gus memastikan transisi MLFF dapat dilaksanakan secara berfasa selewat-lewatnya pada suku ketiga 2024.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Alexander Nanta Linggi

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply