ARKIB

KATEGORI

Buletin

Limosin rasmi Vladimir Putin lulus ujian kemalangan, bakal diperkenalkan tidak lama lagi

Views

Menteri Perdagangan dan Industri Russia, Denis Manturov telah memaklumkan kepada Russia Today mengenai status projek Cortege/Kortezh yang kini berada di fasa terakhir dan bakal diperkenalkan kepada umum hujung tahun ini. Limosin rasmi Vladimir Putin telah melepasi beberapa ujian kemalangan dan keputusannya amat positif.

Tarikh sebenar pelancarannya masih lagi belum ditetapkan, namun Manturov berkata kereta untuk percubaan akan diserahkan pada masa yang ditetapkan, sebelum penghujung April ini. Spekulasi mengatakan model tersebut mungkin digunakan semasa majlis perasmian presiden Putin pada 7 Mei, namun ia tidak mungkin berlaku. Walau bagaimanapun, Manturov berharap Putin “akan mula menggunakan kenderaan ini tidak lama lagi”.

Walaupun pemimpin Rusia dapat menaiki kenderaan mewah dan berperisai tidak lama lagi, mereka yang lain tidak akan berpeluang untuk melihat lebih dekat model tersebut, dan perlu menunggu ketibaannya di Moscow International Automobile Salon pada bulan Ogos nanti. Kami pun sebenarnya tidak sabar untuk melihat kelibat sebenar model-model ini, dan apa yang menarik perhatian kami adalah model SUV yang tampil dengan rekaan yang agak menarik. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply