ARKIB

KATEGORI

Buletin

Liqui Moly kini bernaung di bawah Kumpulan Würth

Views

Mungkin ramai antara kita biasa melihat pelekat yang membawa jenama Liqui Moly ditampal pada kenderaan kan? Pakar minyak pelincir dan aditif kenderaan dari Jerman itu, kini mempunyai pemilik baharu. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat tersebut, Ernst Prost baru-baru ini telah menjual kepentingannya kepada Kumpulan Würth, namun masih lagi memegang jawatan tersebut. Sebenarnya, hampir 20 tahun Kumpulan Würth menjalinkan hubungan sebagai rakan niaga Liqui Moly, namun tidak diwar-warkan dan hanya akan muncul sebagai penyelamat jika berlaku sebarang ketidaktentuan.

Dengan lebih 70,000 orang pekerja dan jualan mencecah 12.5 bilion Euro, Kumpulan Würth sememangnya lebih besar berbanding Liqui Moly dan ini telah meyakinkan Ernst Prost bahawa syarikat tersebut akan menjadi lebih kukuh. Walaupun bertukar pemilik, namun tiada sebarang perubahan berlaku di dalam syarikat tersebut. Liqui Moly kekal sebagai syarikat bebas dalam Kumpulan Würth, Ernst Prost masih lagi menjadi CEO dan tiada perubahan pada pekerjanya.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply