ARKIB

KATEGORI

Tular

Litar Antarabangsa Sepang disebut-sebut sebagai pengganti Sochi, adakah F1 bakal kembali ke Malaysia?

Tular

Views

Laman Facebook Tarmac Sports Malaysia pada 4 Mac lalu melaporkan, nama ‘Sepang’ (Litar Antarabangsa Sepang (SIC)) sedang ‘sohor kini‘ (trending) di laman Twitter kerana dikaitkan dengan perlumbaan Formula 1 dan mendapat 1,046 ulang ciap (retweet), 3,955 komen dan 7,324 tanda suka (like).

Sebelum ini, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengesahkan telah membatalkan perlumbaan di Sochi Autodrom berikutan krisis antara Rusia dan Ukraine.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Namun, persoalan mengenai litar manakah yang akan menjadi pengganti Sochi, menjadikan nama Sepang Circuit disebut-sebut oleh peminat F1 dan pengguna Twitter.

Perlumbaan F1 Sepang dihentikan buat sementara disebabkan kos penganjuran yang tinggi. Melihat kepada kalendar F1, selepas pusingan ke-16 di Itali, jelajah F1 akan bertandang ke Singapura pada 30 September hingga 2 Oktober.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Seterusnya, pusingan ke-18 di Jepun pada 7 hingga 9 Oktober. Perlumbaan di Sochi pula dijadualkan pada 23 hingga 25 September.

Sumber mendapati, pihak SIC sedang mengadakan mesyuarat tergempar mengenai perkara ini dengan beberapa pihak. Apa pun, kita nantikan perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tarmac Sports Malaysia

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply