ARKIB

KATEGORI

Buletin

Litar kereta berprestasi tinggi bakal dibina di Bukit Malut – MB Kedah

Berita Tempatan

Views

Sebuah litar kereta berprestasi tinggi bertaraf antarabangsa akan dibina di kawasan Bukit Malut, Langkawi, tidak lama lagi. Menurut Utusan Malaysia, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pembinaan litar kereta tersebut adalah hasil kerjasama antara pemilik tanah tersebut iaitu Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan sebuah syarikat swasta.

Katanya, litar kereta tersebut hanya digunakan oleh kereta berkuasa tinggi yang terdapat di pulau peranginan itu. Bagaimanapun, katanya, pembinaan litar tersebut tidak melibatkan kawasan penempatan rumah-rumah haram yang diduduki warga Myanmar di Bukit Malut.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Tambah beliau, di Langkawi ada kira-kira 1,600 kereta berkuasa tinggi dengan pemiliknya mendapat pengecualian cukai apabila membeli kereta tersebut di sana. Walaupun memiliki kereta hebat, tetapi pemiliknya tidak boleh ke mana-mana kerana kereta itu tidak boleh dibawa keluar ke tanah besar kecuali dengan kebenaran agensi tertentu dan kebenarannya pula hanya untuk tempoh beberapa bulan.

Dengan kerjasama sebuah syarikat swasta, pihaknya akan menyediakan satu litar untuk pemilik kenderaan berprestasi tinggi ini gunakan bagi menikmati kehebatan kenderaan mereka dengan bayaran tertentu. Bagaimanapun, Menteri Besar itu tidak menyatakan anggaran kos pembinaan litar kereta tersebut.

Mengulas mengenai penempatan haram di kawasan berhampiran, Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri konsisten dengan permintaan supaya Majlis Keselamatan Negara (MKN) dapat bertindak segera dengan menyediakan penempatan semula buat penduduk di situ.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Beliau berkata MKN akan menentukan kaedahnya dan menurutnya ada dua plot tanah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di kawasan berhampiran yang boleh digunakan bagi tujuan itu. Seperti beliau nyatakan sebelum ini, ia perlu dilakukan sekarang atau pihaknya akan berdepan lebih banyak masalah pada masa akan datang.

Utusan Malaysia pada 11 Mac lalu melaporkan warganegara Myanmar kebal sehingga sampai hari ini belum ada tindakan diambil terhadap penempatan haram warga asing itu yang semakin membarah di Bukit Malut, di Langkawi. Lebih 10,000 warganegara Myanmar yang mendiami kawasan Bukit Malut berterusan menceroboh tanah kerajaan negeri hingga mencemarkan imej Langkawi sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

Dianggarkan kira-kira 2.500 buah rumah didirikan secara haram di penempatan yang sinonim dengan gelaran ‘Little Myanmar’ itu, yang turut mengancam ekologi alam sekitar khususnya kawasan paya bakau di pesisir pantai pulau legenda tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply