ARKIB

KATEGORI

Buletin

Litar kereta kawalan jauh (RC) terbesar negara di SACC Mall dibuka secara rasmi

Berita Tempatan

Views

Litar kereta kawalan jauh (RC) terbesar negara telah dibuka secara rasmi di SACC Mall, di Shah Alam, semalam.

Menurut Selangorkini, ketua pegawai eksekutif PKNS Real Estate (PREC), Fakru Radzi Ab Ghani berkata, SACC Mall RC Park yang juga litar ketiga terbesar Asia Tenggara merupakan inisiatif Kerajaan Negeri mempromosikan aktiviti sukan dan rekreasi terbuka (outdoor) selain mengikuti perkembangan semasa.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Tambah beliau, pembukaan di aras bumbung pusat beli-belah itu juga bakal menghidupkan industri peruncitan pusat beli-belah berkenaan selain PKNS Shah Alam yang terletak bersebelahan.

Pihaknya percaya penganjuran bersama SACC Mall dan Bazaarlokal ini menjadi aktiviti luar yang hebat kerana menepati cita rasa semua generasi terutamanya golongan muda.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Sebagai simbolik pembukaan, Fakru Radzi berkata syarikat RC Planet menganjurkan pertandingan RC Car Tamiya disertai 80 peserta bermula 10 pagi hingga enam petang semalam.

Sementara itu Pengarah RC Planet, Suah Kim Heng berkata, individu yang mahu mencuba boleh mendapatkan kereta permainan itu dari premisnya yang terletak di aras lima SACC Mall.

Ujarnya, mereka boleh terus menggunakan litar RC pada kadar RM20 sehari. Peluang ini perlu dikongsikan kepada lebih ramai lagi yang memiliki hobi sama.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply