ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani bakal dibina, kos RM75 juta

Sukan Permotoran

Views

Hasrat Kedah memiliki litar lumba bertaraf antarabangsa bakal tercapai selepas litar bernilai RM75 juta bakal dibina dalam tempoh terdekat.

Menurut Berita Harian, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani bakal dibangunkan di tanah milik Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) di kawasan seluas 60 hektar.

Ujar beliau, kita semua maklum bahawa pelan asal yang dirancang adalah Litar Lumba Rakyat dan pelan ini juga telah beberapa kali dipinda menyebabkannya tertangguh begitu lama dan menyebabkan kos asal meningkat.

Berikutan itu, kerajaan negeri bersetuju meneruskan pelan perancangan akhir dengan meningkatkannya kepada Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani yang dilengkapi pusat komersial lain.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran dan Menandatangani Perjanjian Projek Litar Lumba PKB Open Road SP Circuit Sungai Petani, malam tadi.

Muhammad Sanusi berkata, Litar Lumba Rakyat dinaik taraf ke litar lumba antarabangsa kerana ia perlu dibina dengan trek dan fasiliti perlumbaan yang selamat, profesional dan diselenggara baik.

Jelasnya, bagi mengelakkan beban kewangan masa depan kepada kerajaan, syarikat PKB Open Road sebagai pelabur bersetuju mengambil alih projek tersebut.

Walaupun litar ini nanti lebih bersifat komersial, namun ia juga boleh digunakan oleh rakyat yang berminat dalam sukan permotoran.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Beliau berkata, pada masa hadapan, Kedah bakal mempunyai dua litar lumba iaitu di Langkawi dan Sungai Petani yang mana keduanya akan dibina dan diurus PKB Open Road.

Sementara itu, Pengasas dan Penasihat Kumpulan Open Road World, Datuk David Goh, berkata projek pembinaan litar lumba terbaru itu bakal menjadi nadi baharu untuk Sungai Petani.

Katanya, reka bentuk litar akan dilakukan pakar perunding litar lumba dari United Kingdom yang baru-baru ini telah mereka bentuk litar lumba Formula 1 di Miami, Amerika Syarikat.

Disamping memohon kelulusan FIA Gred 2 untuk litar lumba Sungai Petani, sebagai tarikan tambahan, pihaknya juga mengusahakan kelulusan FIM Gred B untuk litar Sungai Petani yang mana pertandingan dan kejohanan lumba motosikal antarabangsa dapat dilangsungkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Urus Setia Penerangan Darul Aman – UPDA

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply