ARKIB

KATEGORI

Buletin

LKM dan LMM anda tamat tempoh pada 1 Jun hingga 31 Julai? Boleh perbaharuinya mulai 1 Ogos hingga 30 September 2021

Info

Views

Laman Facebook Ministry of Transport Malaysia menerusi satu hantaran semalam memaklumkan, pemilik Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) (termasuk PSV/GDL) yang akan tamat tempoh dari 1 Jun hingga 31 Julai 2021, akan diberikan kelonggaran untuk memperbaharui LKM dan LMM mulai 1 Ogos hingga 30 September 2021.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Walaubagaimanapun, orang ramai perlu memastikan kenderaan memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan (e-cover note insurance) kepada anggota penguatkuasa sekiranya diminta. Bagi pengoperasian kaunter pula, semua urus niaga yang dibenarkan adalah yang hanya melibatkan kenderaan perdagangan Perkhidmatan Perlu (essential services) sahaja, yang memerlukan melakukan rentas sempadan negara, seperti berikut:

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

  • Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  • Pendaftaran baharu
  • Pengeluaran salinan Vehicle Ownership Certificate (VOC) dan maklumat kenderaan sahaja
  • Pembaharuan PSV dan GDL

Semua urusan adalah secara janji temu sahaja dan pelanggan yang datang terus (walk-in) tidak dibenarkan. Bagi tujuan pengoperasian kaunter JPJ di Pusat Transformasi Bandar (UTC), di seluruh negara, ianya akan ditutup sepenuhnya di sepanjang tempoh ‘sekatan pergerakan penuh’ sehingga 14 Jun 2021.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply