ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lori ayam terbakar – Dua maut, seorang lagi selamat

Berita Tempatan

Views

Dua orang maut manakala seorang lagi terselamat apabila lori membawa ayam yang mereka naiki terbabas dan terbakar di Kilometer 283.6, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, awal pagi tadi.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, mangsa yang maut dalam nahas kira-kira jam 3 pagi itu adalah pemandu lori, N Vasutheven, 48, dan kelindannya, R K Mohan Raj, 28, manakala mangsa yang cedera pula adalah anak pemandu lori, V Dharshaan, 16.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Beliau berkata, nahas berlaku ketika lori dengan muatan kira-kira 100 bakul ayam hidup dipandu Vasutheven, dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Perak. Katanya, setiba di lokasi kejadian, lori berkenaan hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang kiri jalan sebelum terbabas melanggar tiang jejambat sehingga menyebabkan lori terbabit terbakar 100 peratus.

Akibat kemalangan, mangsa, pemandu lori (Vasutheven) berjaya dikeluarkan oleh orang awam namun meninggal dunia sejurus selepas itu akibat parah pada kepala. Kelindan lori, Mohan Raj, yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan, rentung.

Vasutheven berasal dari Taman Melawati, Skudai, Johor manakala Mohan Raj, dari PPR Raya Permai, Sungai Besi Kuala Lumpur. Mohd Fazley berkata, seorang lagi mangsa iaitu Dharshaan, berjaya keluar sebelum lori terbakar.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Katanya, remaja berkenaan cedera pada anggota badan dan menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ 1987) manakala siasatan lanjut masih diteruskan.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2, Razif Mohd Harith, berkata sepasukan bomba bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 2.43 pagi.

Kata beliau, sejurus selepas kebakaran pada lori dapat dikawal, pihaknya berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit. Tambanya lagi, mangsa kemudian diserahkan kepada polis dan pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply