Pemandu lori ditahan selepas didapati memandu dalam keadaan laju hingga menyebabkan kemalangan dengan lima kenderaan lain serta membabitkan kematian berhampiran sebuah hotel di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), semalam.
Menurut Harian Metro, dalam kejadian pada 1.40 tengah hari itu, seorang penghantar makanan berusia 35 tahun yang parah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Serdang.
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika lori dipandu suspek berusia 47 tahun berkenaan bergerak agak laju sebelum hilang kawalan selepas keluar dari susur Lebuh Bukit Jalil-Puchong.
Jelasnya, disebabkan keadaan itu, lori berkenaan melanggar sebuah van sebelum merempuh sebuah motosikal Yamaha Y125ZR dan Perodua Axia dalam masa sama mengakibatkan penunggang motosikal berkenaan jatuh di lokasi kejadian.
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
Tambah beliau, lori berkenaan yang masih tidak dapat dikawal ketika itu kemudian melanggar belakang Perodua Myvi dan Toyota CH-R sebelum terbabas di bawah jejantas dan terhenti di situ. Azman berkata, pemandu lori berkenaan ditahan untuk menjalani ujian alkohol dan air kencing.
Kata Azman lagi, semakan mendapati pemandu lori berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas
KOMEN TERKINI