Hanya ikut GPS. Itu alasan diberikan pemandu lori yang dirakam memandu melawan arus di Jalan Persiaran S2/3, Seremban 2.
Dia juga memberi alasan tidak biasa dengan jalan di kawasan berkenaan dan terpaksa merujuk GPS atau Sistem Penentududukan Sejagat, iaitu sistem pandu arah satelit.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata kejadian dipercayai jam 11.39 pagi semalam sebelum satu rakaman video berdurasi 51 saat, tular bermula kira-kira 7.40 malam tadi, memaparkan sebuah lori dipandu melawan arus.
“Usaha mengesan suspek dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban, membawa kepada penahanan lelaki berumur 54 tahun, iaitu pemandu lori berkenaan pada hari sama bersama sebuah lori,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Katanya, hasil siasatan mendapati suspek yang pada masa itu membuat penghantaran barang di kawasan Seremban mendakwa tidak menyedari laluan tidak boleh dilalui.
“Dia mendakwa hanya memandu berpandukan aplikasi GPS kerana tidak biasa dengan laluan di kawasan itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Sarjan Mohamad Azmi di talian 013-4288599 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI