ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lori pasir rempuh tujuh kenderaan

Berita Tempatan

Views

Sebanyak tujuh buah kenderaan pelbagai jenis mengalami kerosakan teruk setelah dirempuh oleh sebuah lori pasir tanpa muatan dalam satu kemalangan di Persiaran Bukit Rahman Putra 1 di Sungai Buloh, semalam.

Menurut K! ONLINE, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang sewaktu semua kenderaan tersebut berkenaan sedang berhenti di lampu isyarat merah.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Katanya, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila lori jenis Nissan itu gagal berhenti setelah mengalami masalah brek dan hilang kawalan lalu melanggar kesemua kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah menghala ke Bandar Baru Sungai Buloh.

Kejadian telah mengakibatkan kesemua tujuh kereta yang sedang berhenti itu mengalami kerosakan namun kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Menurut Shafa’aton, kenderaan yang dirempuh terdiri daripada Honda Jazz, Perodua Myvi, trak Isuzu NRR35, Isuzu D-Max, van jenis Daihatsu Gran Max, Perodua Axia dan sebuah van jenis Toyota Hiace.

Setakat ini terdapat tiga orang pemilik kenderaan yang dirempuh masih belum membuat laporan dan siasatan berhubung kejadian masih diteruskan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply